Ya Allah Izinkan Aku Menjadi HambaMu Yang Kaya Raya!
Cikgu ada terbaca satu artikel di FB yang ditulis usahawan yang dikenali sebagai Kak Long. Cikgu nak kongsikan dengan anda sebab sangat bagus untuk kita amalkan, isyaAllah.
Kata kak long,
“Walaupun orang lain kata tak kaya di dunia pun tak apalah, insya Allah akan kaya di akhirat kelak.
"Tapi saya nak kaya di dunia dan di akhirat.”
Kata -kata ni Kak Long dengar dari seorang peserta dalam sebuah training .
Peserta ni sorang je yang sungguh -sungguh kata nak kaya di dunia dan akhirat walaupun dan berpuluh kali perniagaan dia gagal .
Dia masih yakin Allah akan pilih dia untuk jadi kaya semasa di dunia.
UNWAVING FAITH ni WIN
Sedangkan peserta lain yang bercerita tentang kegagalan demi kegagalan berniaga di akhir ayat mereka kata yang mereka ok kalau Allah tak izinkan kaya di dunia .
Orang lain berkompromi tetapi dia bersungguh -sungguh dengan determination untuk kaya di dunia dan akhirat.
Kak Long ada tanya dengan seorang guru yang mengajar tentang kehidupan manusia di dunia ni
Subjek tentang bagaimana ingin menjadi manusia yang terbaik di bumi Allah .
Apa maksud khalifah dan tugas khalifah.
Kak Long tanya macamana doa kita yang terbaik untuk minta kekayaan dengan Allah .
Guru tu kata cuba tukar cara kita berdoa .
Banyakkan guna perkataan IZINKAN .
- Ya Allah izinkan aku menjadi hambaMu yang kaya raya .
- Ya Allah izinkan aku berjaya dalam pekerjaan ku
- Ya Allah izinkan aku berjaya dalam usahaku
- Ya Allah izinkan aku berjaya dalam perniagaanku
- Ya Allah izinkan aku berjaya kaya raya di limpahi rezeki yang pelbagai bukan sahaja dari segi wang ringgit dan harta tetapi juga dari segala segi rezeki pelbagai bentuk
Begitulah lebih kurang .
Guru tu ajar guna ayat izinkan .
Sebab hanya dengan keizinan Allah semua doa kita makbul .
Dan Kak Long kongsikan lagi doa -doa yang boleh kita gunakan bila minta kekayaan dengan Allah yang Kak Long jumpa tadi dari IG lebih kurang doa yang ada dalam nota Kak Long .
![]() |
Jom kita doa untuk kaya di dunia dan di akhirat . |
Jom kita semua berdoa untuk kaya di dunia dan di akhirat .
Allah izinkan lah kami kaya raya di dunia dan di akhirat.
Aameen YRA.
Kredit Buat Kak Long )FB Azlina Othman)
Comments
Post a Comment