Posts

Showing posts from 2024

Ya Allah Izinkan Aku Menjadi HambaMu Yang Kaya Raya!

Image
Cikgu ada terbaca satu artikel di FB yang ditulis usahawan yang dikenali sebagai Kak Long. Cikgu nak kongsikan dengan anda sebab sangat bagus untuk kita amalkan, isyaAllah. Kata kak long,  “Walaupun orang lain kata tak kaya di dunia pun tak apalah, insya Allah akan kaya di akhirat kelak. "Tapi saya nak kaya di dunia dan di akhirat.” Kata -kata ni Kak Long dengar dari seorang peserta dalam sebuah training . Peserta ni sorang je yang sungguh -sungguh kata nak kaya di dunia dan akhirat walaupun dan berpuluh kali perniagaan dia gagal . Dia masih yakin Allah akan pilih dia untuk jadi kaya semasa di dunia. UNWAVING FAITH ni WIN Sedangkan peserta lain yang bercerita tentang kegagalan demi kegagalan berniaga di akhir ayat mereka kata yang mereka ok kalau Allah tak izinkan kaya di dunia . Orang lain berkompromi tetapi dia bersungguh -sungguh dengan determination untuk kaya di dunia dan akhirat. Kak Long ada tanya dengan seorang guru yang mengajar tentang kehidupan manusia di dunia ni  ...

Hebat dalam menjual ni sebenarnya bermula dari hati kita

Image
  Allah akan bagi apa yang kita nak selaras dengan apa yang difikirkan Impian Semua PERCUMA! Kalau kita tak pernah berimpian besar -besar inilah masanya pasang impian besar -besar tu . Impian semua percuma . Bukan kena bayar untuk berimpian. Kalau income kita sekarang RM 3k mustahil ke nak dapat RM 300k sebulan . Jawapannya TAK MUSTAHIL!. Sebab Allah sediakan rezeki kita seluas bumi dan lautan tetapi kita hanya tahu dan dah biasa berfikir rezeki kita hanya sebesar tapak tangan . Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Allah SWT menjelaskan kepada hamba-Nya bahawa mereka akan memperoleh sesuatu berdasarkan keyakinan mereka kepada-Nya. Allah akan bagi apa yang kita nak selaras dengan apa yang kita fikirkan. Kita berhak kaya dan berjaya. Yang penting kena usaha dan terus berusaha. Allah nak berikan kita rezeki seluas lautan tetapi tadahan kita hanya sebesar tapak tangan . Hebat d...