KENALI SAYA
Perjalanan Perniagaan Cikgu Thera: Mengharungi Cabaran dan Fasa Turun Naik
![]() |
Motivasi Hidup |
![]() |
Mengharungi Cabaran dan Fasa Turun Naik |
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nama saya Siti Mardiah binti Zainal Abidin, kini dikenali sebagai Cikgu Thera. Niat utama cikgu Thera membina blog adalah supaya saya dapat memajukan diri dan dapat berkongsi ilmu. Banyak yang cikgu Thera ingin tulis, maka, banyak yang perlu cikgu baca. Sebagai seorang usahawan SHOMpreneur, cikgu perlu sentiasa bersedia dengan perubahan yang berlaku dan mengikuti perkembangan semasa..
InsyaAllah, cikgu Thera akan update blog ini dari masa kesemasa. Cikgu Thera kena pandai bahagikan masa untuk kerjaya, keluarga, ibadah, kewangan dan Impian yang ingin dicapai.
Langkah Berani Meninggalkan Zon Selesa
Cuikgu Thera telah banyak juga melihat jatuh bangun perniagaan – orang lain dan juga diri sendiri. Cikgu mulai sedar punca kegagalan sdulu kerana kurang ilmu. Sejak itu cikgu berusaha memperuntukkan waktu untuk belajar bagi memajukan diri.
Ilmu ada dimana-mana, segala-galanya terpulang kepada kita untuk berusaha untuk mendapatkannya.
Pada tahun 2001, cikgu Thera membuat keputusan yang besar dalam hidup. Seetelah 18 tahun, berhenti kerja di bank dan menceburi dunia perniagaan MLM bersama Hai-O. Keputusan ini bukan mudah, tetapi cikgu yakin dengan potensi diri dan peluang yang ditawarkan oleh Hai-O. Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, cikgu memulakan perjalanan baru ini dengan penuh semangat dan keyakinan.
Perjalanan ini sangat mencabar. Namun, dengan bimbingan dan latihan yang diberikan oleh Hai-O, cikgu mula melihat perkembangan positif. Perniagaan ini bukan sahaja memberi ganjaran dari segi kewangan, tetapi juga dari segi kepuasan peribadi.
Fasa Turun: Cabaran yang Menguji
Seperti mana-mana perniagaan, cikgu juga melalui fasa-fasa turun yang menguji kekuatan dan kesabaran. Ada masa-masa di mana jualan menurun dan cikgu rasa tertekan. Kehilangan pelanggan, persaingan sengit, dan perubahan dalam pasaran merupakan antara cabaran yang dihadapi. Terdapat juga masa-masa di mana cikgu merasakan seperti usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil yang diinginkan.
Beralih ke Tasly (2008-2020)
![]() |
Alhamdullilah berjaya mencapai kejayaan di Tasly. |
![]() |
Perniagaan mengajar kehidupan dan keusahawanan |
Pada satu ketika, cikgu membuat keputusan untuk mencuba peluang baru dengan menyertai Tasly, sebuah syarikat farmasi MLM yang fokus kepada produk kesihatan berasaskan perubatan tradisional Cina. Perjalanan ini tidak kurang cabarannya namun dengan pengalaman di Hai-O, ALhamdullilah cikgu berjaya mencapai kejayaan di Tasly.
Kesan pandemik, sykt Tasly kemudiannya membuat keputusan untuk bertukar model perniagaan dari MLM kepada peruncitan. Perubahan ini memberi kesan besar kepada strategi dan operasi perniagaan cikgu, memaksa cikgu untuk mencari jalan baru untuk meneruskan perniagaan.
Fasa Naik: Kembali ke Hai-O
Kita tidak boleh kawal kegawatan ekonomi negara tapi kita boleh kawal dan perbaiki ekonomi kita sendiri.
Melihat perubahan modul bisnes kepada peruncitan di Tasly, cikgu membuat keputusan untuk kembali kepada syarikat pertama yang memberi cikgu peluang dalam dunia MLM – Sahajidah Hai-O.
Pengajaran dan Pertumbuhan
Setiap fasa turun naik dalam perjalanan perniagaan memberi pengajaran yang berharga. Pengalaman ini mengajar cikgu untuk sentiasa berfikir positif dan mencari peluang dalam setiap cabaran yang datang.
![]() |
Setiap cabaran adalah peluang untuk belajar dan berkembang |
Harapan dan Inspirasi
Cikgu berharap kisah cikgu dapat memberi inspirasi kepada anda yang sedang membaca untuk tidak berputus asa walaupun berdepan dengan cabaran. Ingatlah, setiap cabaran adalah peluang untuk belajar dan berkembang. Teruskan berusaha dan yakinlah pada diri sendiri.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kisah cikgu. Mari bersama cikgu di Sahajidah Hai-O dan bersama berganding bahu sebagai Usahan SHOMPRENEUR dengan saling memberi inspirasi dan sokongan.
Salam kasih,
![]() |
Usahan SHOMPRENEUR saling memberi inspirasi dan sokongan. |
Comments
Post a Comment